white and black abstract painting
white and black abstract painting
Perkhidmatan Kami
a person in a white shirt and black hat speaking into a microphone
a person in a white shirt and black hat speaking into a microphone
a man reading a book while sitting down
a man reading a book while sitting down
brown concrete building under white sky during daytime
brown concrete building under white sky during daytime
1. Ceramah & Kuliah Agama Berjadual

Penceramah bertauliah MAIS, MAIWP dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan, serta Guru Takmir JAWI yang aktif menyampaikan kuliah di masjid, surau, institusi kerajaan dan pendidikan tinggi. Antara topik utama:

  • Fardhu Ain

  • Pengukuhan akidah dan akhlak

  • Hadis

  • Dakwah kontemporari dan isu semasa

  • Fiqh kekeluargaan dan ibadah

2. Kursus Praperkahwinan & Pascaperkahwinan Islam

Beliau telah dilantik oleh JAWI dan JAKIM sebagai penceramah rasmi dalam kursus praperkahwinan dan pascaperkahwinan Islam. Modul yang disampaikan merangkumi:

  • Tanggungjawab suami isteri

  • Konflik dan Stress

  • Komunikasi Suami Isteri

  • Tasawur Islam

  • Motivasi Suami Isteri

3. Latihan Pemulihan & Intervensi Sosial

Pegawai pemulihan di bawah AADK dan juga guru bimbingan Al-Riqab bagi komuniti LGBT dan asnaf yang memerlukan intervensi rohani. Beliau juga berpengalaman dalam:

  • Rawatan & pemulihan penagihan dadah (Akta Rawatan dan Pemulihan 1983)

  • Modul pemulihan spiritual & psikososial

  • Program motivasi dan kesedaran kendiri untuk komuniti marginal

4.Pembangunan Komuniti & Kebajikan

Sebagai aktivis komuniti yang aktif, Farid terlibat dalam pelbagai inisiatif sosial melalui kerjasama dengan NGO, surau, dan persatuan penduduk. Usaha ini memberi tumpuan kepada:

  • Program bantuan asnaf dan golongan rentan

  • Aktiviti komuniti seperti gotong-royong, klinik rohani dan ziarah kasih

  • Bimbingan keibubapaan Islam dan pendidikan anak-anak

  • Sokongan komuniti kepada bekas penagih, golongan LGBT yang kembali ke fitrah, dan keluarga terjejas

  • Pembangunan surau dan pusat komuniti sebagai pusat pemulihan spiritual

5.Dakwah Digital & Konsultasi Media

Dalam era digital, Farid memanfaatkan media sosial sebagai medan dakwah yang efektif. Beliau menguruskan saluran seperti Facebook, Instagram dan Telegram (Islamic Parenting Farid Japeri) untuk menyampaikan mesej agama dan nilai hidup kepada masyarakat umum. Selain itu, beliau turut menyediakan perkhidmatan seperti:

  • Pembangunan kandungan dakwah media sosial

  • Konsultasi kepada institusi dalam membina kehadiran dakwah digital

  • Bengkel dakwah kreatif menggunakan platform moden

  • Latihan membina mesej positif dan beretika dalam talian

a large group of people sitting in a building
a large group of people sitting in a building
white iPad on white surface
white iPad on white surface